Thursday 29 November 2012

mengejar redha illahi :)

Bismillahirrahmanirrahim....

harini dh 30 nov.... esok dh nk balek uitm ni. hehe. tak sabarnya rasa nk jumpa kawan2. rindu sangat2 kat kawan2 tersayang yg dr jauh, naek bus malam tu hati2 yaa... jaga diri. smoga perjalanan dipermudah Allah dan semuanya selamat . insyaAllah <3

barang2 nak balik uitm dh beli . alhamdulillah. ni nak p shopping lg ni. hehe.  lahaii nafsu2.... jgn nk beli byk2 sampai membazir pulak yee..

aku dalam proses perbaiki diri. aku cuba cari diri aku yg sebenar. tolong doakan aku. :)

aku harap sgt, masuk sem baru ni. aku jadi org yg baru, dpt improve diri yg jahil ni. insyaAllah. yaAllah. permudahkan perjalanan hijrah aku ni.... :) aku teringin nak jd mcm org lain. aku teringin nak jd solehah pd pandangan Allah.. teringin sangat2.

bagi aku, wanita solehah ni tak dpt dinilai dari segi:

<3 sejauh mana dia menghafaz al-Quran 
<3 semerdu mana dia mengaji al-Quran
<3 selembut mana dia dalam percakapan
<3 seindah mana dia berpakaian
<3 seayu mana dia menarik perhatian
<3 sehebat mana dia dalam ilmu agama
<3 sepandai mana dia melontarkan idea

TETAPI.... dinilai dari segi:

<3 sekuat mana dia melindungi dirinya daripada godaan para lelaki dan mempraktikkan ilmu agama yg telah dipelajari  =)

itulah wanita solehah yg dicari :) aku taw, aku lemah, aku nk capai segala benda mcm kt atas tu mmg amat susah. tp xmustahil bg aku dan kaum hawa yg laen yg luar sana untuk kecapinya. insyaAllah :) kat bawah ni ada aku sertakan suruhan Allah kepada kita :)

semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaAllah. salam sayang. assalamualaikum :)


‎"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" 
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


"Wahai isteri-isteri nabi, kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain jika kamu bertakwa. Maka, janganlah kamu tunduk melemah lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang (lelaki) yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" (Surah Al Ahzab, ayat 32)



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali pada yang biasa melihat, dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...." (Surah An Nur, ayat 31)

Thursday 1 November 2012

hijab & jilbab :)


Bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah.....bersyukur krn Allah masih beri kesempatan untuk bernafas di dunia ini :)

entry kali ni lebih khusus kepada kaum hawa... :) HIJAB...JILBAB ...both of them are same meaning..

kalau kita tgk dunia hari ini, ramai perempuan yg xtutup aurat...masyaAllah..bukan susah pun nk tutup aurat tu kn? emm...before tu nak ulang. TUTUP AURAT ok? bukan BALUT AURAT....

kalau sebut bab aurat kaum hawa ni...banyak sebenarnya....rambut, kaki, tgn....boleh kata semua yg dekat tubuh perempuan tu adalah aurat...kecuali muka dan kedua tapak tgn sahaja :) tp entry ni most kepada rambut =)

seriously...perempuan ni kalau pakai tudung nampak cantik sgt2. suka tgk kn...hmm...tambah2 yg bertudung labuh...even tudung xlabuh pun, make sure tudung yg kita pakai tu menutup dada dan leher kita...nk pakai tudung bawal?? boleh....tp yg ikut syariat..nak buat silang2 tudung mcm rama2? punn boleh...tp make sure tutup dada tu...nak pakai selendang?? punn boleh...tp jgn la pakai ala2 tajima...pakai elok2...tutup semua ok? hehe....


aku pun bukan seorang yg bertudung labuh...tp sgt berkeinginan nak pakai.....tgk ramai yg pakai...cantik sgt. sejuk mata memandang kn.....

hmm....untuk yg tak bertudung tu, please la....try ikhlaskan hati untuk pakai k..ingat azab dekat sana nanti. rambut kita kena bakar dgn api neraka. nak ke? mesti xnak kn...kena api kt rumah sikit pun dh jerit sakit.. ni kn pulak api neraka ...na'uzubillah....

untuk yg baru nak bertudung tu.....alhamdulillah! Allah dh bg hidayah kt kalian. mesti mak ayah kalian gembira kn? hehe... kalau perlu bantuan apa2 ke, boleh mintak tlong kawan2 taw..ajak kawan pergi beli tudung ke. n untuk sesiapa yg ada sahabat mcm tu, jgn la hasut dia ckp xcantik pulak pakai tudung ni.. bimbing dia.. yakinkan dia supaya dia kekal pakai tudung. contoh: hadiahkan tudung baru, puji dia cantik bila pakai tudung...  keep istiqamah ok??. anda nampak cantik sgt :)

untuk yg bertudung pulak...keep istiqamah la. jgn kejap pakai, kejap xpakai. tu maksudnya apa tu? kesian dekat mak, kesian dekat ayah. kita org islam....pakai jgn buang taw. mesti nampak lg comel. nanti boleh upgrade lg. tudung labuh pulak. :)

untuk yg sudah bertudung labuh ikut syariat Islam tu, keep istiqamah....insyaAllah kalian sudah gembirakan Rasulullah kita ...syurga menanti..doakan aku jadi mcm kalian jugak taw. :)


Last but not least, berjilbablah kita wahai kaum hawa. bukan susah nak berubah. cuba ok?  insyaAllah Allah sayang.. nanti suami pun sayang jugak :)

bukan cantik dalaman sahaja bahkan cantik luaran skali taw. masyaAllah <3

ok. semoga istiqamah. Assalamualaikum sahabat :)