Thursday 29 November 2012

mengejar redha illahi :)

Bismillahirrahmanirrahim....

harini dh 30 nov.... esok dh nk balek uitm ni. hehe. tak sabarnya rasa nk jumpa kawan2. rindu sangat2 kat kawan2 tersayang yg dr jauh, naek bus malam tu hati2 yaa... jaga diri. smoga perjalanan dipermudah Allah dan semuanya selamat . insyaAllah <3

barang2 nak balik uitm dh beli . alhamdulillah. ni nak p shopping lg ni. hehe.  lahaii nafsu2.... jgn nk beli byk2 sampai membazir pulak yee..

aku dalam proses perbaiki diri. aku cuba cari diri aku yg sebenar. tolong doakan aku. :)

aku harap sgt, masuk sem baru ni. aku jadi org yg baru, dpt improve diri yg jahil ni. insyaAllah. yaAllah. permudahkan perjalanan hijrah aku ni.... :) aku teringin nak jd mcm org lain. aku teringin nak jd solehah pd pandangan Allah.. teringin sangat2.

bagi aku, wanita solehah ni tak dpt dinilai dari segi:

<3 sejauh mana dia menghafaz al-Quran 
<3 semerdu mana dia mengaji al-Quran
<3 selembut mana dia dalam percakapan
<3 seindah mana dia berpakaian
<3 seayu mana dia menarik perhatian
<3 sehebat mana dia dalam ilmu agama
<3 sepandai mana dia melontarkan idea

TETAPI.... dinilai dari segi:

<3 sekuat mana dia melindungi dirinya daripada godaan para lelaki dan mempraktikkan ilmu agama yg telah dipelajari  =)

itulah wanita solehah yg dicari :) aku taw, aku lemah, aku nk capai segala benda mcm kt atas tu mmg amat susah. tp xmustahil bg aku dan kaum hawa yg laen yg luar sana untuk kecapinya. insyaAllah :) kat bawah ni ada aku sertakan suruhan Allah kepada kita :)

semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaAllah. salam sayang. assalamualaikum :)


‎"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" 
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


"Wahai isteri-isteri nabi, kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain jika kamu bertakwa. Maka, janganlah kamu tunduk melemah lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang (lelaki) yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" (Surah Al Ahzab, ayat 32)



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali pada yang biasa melihat, dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...." (Surah An Nur, ayat 31)

No comments:

Post a Comment